4:14 AM

Klinik Anina adalah majlis berbuka puasa dengan anak yatim

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU: Golongan anak-anak yatim di daerah ini tidak dilupakan semasa bulan Ramaddan dan sejak 2003, satu klinik telah menjadi tuanrumah kepada anak-anak ini berbuka puasa.

Klinik Anina kepunyaan doctor Anina Abu Bakar bersama keluarga menjadi tuanrumah kepada 56 anak-anak yatim piatu dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah hotel disini baru-baru ini.

Beliau berkata acara ini telah diadakan setiap tahun sejak 2003 dan ini adalah usaha murni beliau untuk bersama anak-anak yatim berbuka puasa.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah Chong Hon Kong@Hon Vun, timbalan pengerusi bahagian Parti Bersatu Sabah bahagian Sri Tanjung.

30/09/2008

Caption: Gambar menunjukkan Anina bersama tetamu lain termasuk Chong dalam majlis tersebut.

0 comments:

Subscribe