2:17 AM

PBS raya Tahun Baru Cina dengan program rumah terbuka

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Timbalan pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Sri Tanjong, Chong Hon Vun, membuat rumah terbuka beliau dimana para ahli dan masyarakat telah mengunjungi beliau bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina. PBS dengan ahli yang berbilang kaum terus merayakan perayaan-perayaan besar dalam usaha mengeratkan silaturahim dan mempromosikan semangat bersatu padu dikalangan masyarakat Malaysia.

12:25 AM

Kerajaan mampu tangani segala masalah jikalau dimaklum: Yong

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Segala permasalahan yang dihadapi oleh pasar Tanjong boleh diperbaiki secepat mungkin sekiranya laporan dibuat kepada Kementerian Kerajaan Tempatan oleh pihak kerajaan tempatan peringkat daerah.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Edward Yong Oi Fah berkata demikian selepas membuat lawatan kerja bersama Datuk Dr. Yee Moh Chai, Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat ke pasar tersebut baru-baru ini dimana beliau menyifatkan segala kerosakan adalah kecil dan boleh diperbaiki untuk kepuasan para penjaja dan pembeli.

`Kerosakan-kerosakan kecil seperti lampu yang rosak mampu diperbaiki tetapi ianya tidak diusahakan sehingga menyebabkan masyarakat Malaysia tidak berpuas hati’, katanya lagi.

Beliau tegaskan bahawa kos pemberbaiki kerosakan ini adalah kecil tetapi ianya tidak dibuat dan ini telah menjadi satu masalah rakyat.

Pada masa yang sama, Yong juga berkata masalah kebersihan pasar tersebut adalah tanggungjawab pihak pengurusan pasar tersebut tetapi pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) juga bertanggungjawab dalam hal ini.

Beliau menerangkan pihak kerajaan tempatan daerah adalah barisan pertahanan pertama pihak kerajaan dan masyarakat akan berpuas hati jikalau pihak (Kerajaan Tempatan) ini menjalankan amanah yang telah di turunkan kepada nya.

Yong juga berharap agar pihak pengurusan yang sedia ada dapat `berubah’ apabila presiden baru Majlis tersebut mengambil alih tugasnya dan dapat mengatasi segala masalah yang remeh dengan cepat.

Beliau juga mengesa agar para penjaja dan masyarakat dapat membuat aduan kepada Majlis tersebut ataupun kepada pejabat PKR Sri Tanjong Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa depan kerana segala permasalahan yang dilaporkan boleh diperbaiki dengan mudah oleh pihak kerajaan.

`Tidak seperti pihak pembangkang yang hanya tahu mengutarakan permasalahan yang wujud tetapi tidak mampu membuat kerja pembaikan melainkan jikalau mereka sanggup membayar kos tersebut’, tambahnya lagi.

Yong meminta agar para penjaja tidak menggunakan tempat letak kenderaan yang terhad di kawasan pasar tersebut kerana ini akan menyenangkan para pembeli dan sekaligus membawa peluang pendapatan yang lebih baik kepada para penjaja.

Beliau mengaku akan kekurangan yang ketara mengenai tempat letak kenderaan di kawasan pasar dan meminta agar masyarakat yang mempunyai idea yang bernas dapatlah menghubungi pihak Majlis daerah untuk berkongsi maklumat dan pendapat.

Beliau juga berkata pihak pejabat PKR Sri Tanjong PBS dibawah pimpinan encik Fung Len Fui akan kerap membuat lawatan ke pasar tersebut untuk tujuan membuat pemantauan dan memperbaiki apa jua kerosakan yang ringan.

Antara yang turut serta dalam rombongan Yee adalah Timbalan Speaker, Johnny Mositon, Datuk Jahid Jahin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam YB Johnny Goh Chin Lok dan beberapa ahli EXCO PBS.

Pasar tersebut telah menjadi isu untuk parti pembangkang beberapa kali dalam mencari kesalahan pihak kerajaan dalam pentadbirannya.

17/01/2009

Caption: Yong dan Yee semasa perjumpaan dengan wakil pihak pengurusan pasar tentang permasalahan yang diutarakan.

12:18 AM

:Masyarakat Sri Tanjong masih menyokong BN: Yee

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Sokongan yang diterima oleh masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN) masih lagi membara dan tiada sebab kenapa komponen parti tersebut tidak mampu menawan balik kerusi Sri Tanjong dalam pilihanraya akan datang.

Timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dr. Yee Moh Chai berkata demikian mengenai kerusi tersebut yang dipegang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) jatuh ke tangan parti pembangkang.

Beliau menerangkan bahawa salah satu sebab kekalahan tersebut adalah `putaran’ nasional dan Sri Tanjong telah terkena oleh sebab itu tetapi menerangkan bahawa tiada sebab kenapa BN tidak boleh memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang memandangkan PBS bersama komponen parti BN di kawasan tersebut telah mencurahkan khidmat kepada masyarakat di sana.

`Kita perlu mengubah diri dan lebih memahami kenapa kita tidak mendapat sokongan yang diharapkan oleh para pengundi di Sri Tanjong’, katanya lagi.

Yee menerangkan PBS pernah menjadi parti pembangkang hampir sepuluh tahun pad masa yang lalu tetapi kini telah kembali kepada barisan kerajaan dan mereka kini tahu akan keperluan dan kehendak masyarakat dan mampu memberikan khidmat yang memuaskan kepada para pegundi melalui konteks perkhidmatan melalui barisan kerajaan.

`Para pemimpin kita yang baru di Sri Tanjong kini telah bekerja keras dengan golongan akar umbi dan kita tahu akan keperluan mereka tetapi perubahan memerlukan masa untuk memuaskan hati masyarakat dalam apa jua permintaan’, katanya mengenai kepimpinan baru yang diterajui oleh encik Fung Len Fui.

Yee menerangkan mereka telah membuat kaji selidik mengenai kekalahan tersebut dan hasil dari itu adalah objektif untuk memperbaiki diri mereka di semua kawasan termasuklah Sri Tanjong.

`Ini adalah perjuangan PBS selama ini, dasar kami adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat dan dasar ini adalah tanggungjawab kami dan kami sedia maklum akan perkara ini’, Yee menerangkan.

Beliau menekankan kepentingan masyarakat akan sentiasa di lindungi dan di kekalkan.

Beliau berada di daerah itu Jumaat lepas untuk membuat lawatan ke pasar Tanjong dan pasar Xin Ann dimana rombongan beliau diterima dengan meriah dan juga permasalahan para penjaja diluahkan kepada beliau.

Yee juga membuat lawatan ke rumah warga emas Air Panas dimana beliau bersama pemimpin lain memberikan duit Tahun Baru Cina dan oren kepada 36 penghuni rumah tersebut.


15/01/2009


caption: Yee.

12:07 AM

: Jabatan Air daerah perlu makluman orang ramai

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Jabatan Air daerah akan memperbaiki apa jua masalah memberikan air bersih kepada pengguna tetapi memerlukan bantuan dari masyarakat untuk memaklumkan kepada pihak tersebut sekiranya mereka menyaksikan kerosakan-kerosakan sebegini.

Jurutera jabatan tersebut, Bahrin Antonio dalam satu pertemuan dengan PKR Parti Bersatu Sabah (PBS) Fung Len Fui dan rombongan beliau berkata ini adalah penting kerana kerja-kerja membaik pulih akan dapat dijalankan secepat yang mungkin jika kerosakan ini dapat dikenal pasti dengan cepat.

Bahrin berkata mereka sentiasa mencari masalah-masalah yang ada untuk menangani penyediaan air bersih kepada pengguna kerana adanya paip air yang telah digunakan selama berpuluh tahun yang kini semakin mudah pecah.

Beliau berkata masalaha kini yang dihadapi oleh kawasan perumahan Daya Usaha, pasar Air Panas dan juga rumah warga emas Air Panas kini sedang diperbaiki dan berkata ianya akan dapat memberikan air kepada mereka yang terlibat secepat yang mungkin.

`Orang ramai oleh menghubungi kami jika mereka telah menyaksikan apa jua permasalahan air seperti paip pecah dan kami akan terus memperbaikinya’, katanya lagi.

Fung membuat perjumpaan tersebut dengan Bahrin mengenai bekalan air yang terputus di kawasan yang terbabit tadi.

Pada masa yang sama, Fung juga meminta agar pihak Jabatan Air agar tidak membuat kerja-kerja pemotongan air pada masa musim perayaan kerana ianya telah telah berlaku pada masa yang lalu dan menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna air.

15/01/2009

Caption: Fung (2 dari kanan) bersama Bahrin (2 dari kiri) bersama yang lain dalam perjumpaan tersebut.

12:01 AM

: BN perlu rebut kembali kerusi ADUN Sri Tanjong: Fung

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Usaha untuk mendapat balik kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong adalah satu matlamat yang perlu dalam mengembalikan kawasan tersebut kepada Barisan Nasional (BN).

Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sri Tanjong untuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Fung Len Fui berkata ini adalah penting dalam terus mengukuhkan kedudukan BN di negeri ini dan sekaligus terus membawa kepada pembangunan yang kini amat diperlukan oleh kawasan tersebut.

Fung dalam satu majlis makan malam berkata walaupun kerusi tersebut telah jatuh ke tangan barisan parti pembangkang tetapi ianya tidak bermaksud BN tidak akan dapat merebut kembali kerusi tersebut.

`Kita mampu untuk memgambil balik kerusi tersebut dan membawa pembangunan yang patut kepada kawasan tersebut’, katanya dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh ahli parti dan masyarakat.

Pada masa yang sama, beliau berkata PBS Sri Tanjong akan membuat rumah terbuka Tahun Baru Cina pada Februari 1, 2009, bertempat di dewan Sin Onn dari jam 9.00 pagi ke tengahari.

12/01/2009

Caption: Fung sedang memberi ucapan beliau dalam majlis tersebut.

11:56 PM

: Beri kerjasama kepada polis untuk kesinambungan semua: Fung

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Masyarakat di daerah ini digesa agar memberikan kerjasama yang padu kepada pihak polis dalam menangani masalah kes-kes jenayah dan tidak hanya berpeluk tubuh dan mengamalkan sikap tak endah jika jenayah-jenayah tersebut tidak melibatkan mereka ataupun orang yang mereka sayangi.

`Jalan yang terbaik dalam membantu pihak berkuasa adalah menjadi mata dan telinga dan menyerahkan apa jua maklumat yang mereka ketahui mengenai apa jua jenis jenayah’, kata Fung Len Fui, PKR Sri Tanjong untuk Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas melawat pemangku ketua polis daerah Haji Ramli Ali Mat di hospital baru-baru ini.

Fung yang juga pengerusi PBS Sri Tanjong berkata kes serangan terhadap Ramli baru-baru ini telah menyebabkan masyarakat cemas dengan situasi jenayah di daerah ini.

`Adalah amat menyedihkan kerana masyarakat akan sentiasa menyalahkan pihak polis bila berlakunya jenayah tetapi kita sebagai masyarakat juga memainkan peranan dalam menangani jenayah’, katanya lagi.

Fung berkata pelbagai cara orang ramai dapat membantu pihak polis seperti menubuhkan Rukun Tetangga di kawasan perumahan mereka dan ini akan juga memastikan agar mereka sendiri akan dilindungi hasil dari usaha mereka sendiri.

Caption: Fung (kanan) di hospital bersama rombongan beliau termasuk timbalan beliau iaitu Chong Hon Vun (2 dari kanan).

9:49 PM

Jalan Timur perlukan perhatian membaik pulih

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Pihak berkuasa yang berkenaan digesa agar membuat kerja-kerja yang perlu ke atas jalan Timur yang sejauh lebih kurang 4 kilometer dengan baik kerana kerja membaik pulih jalan tersebut adalah tidak memuaskan.

Kapitan Cina Chong Hon Vun berkata kerja-kerja yang baik adalah amat perlu kerana ianya dapat mencerminkan kemampuan pihak yang terlibat dalam usaha menjalankan tugas untuk masyarakat.

Chong berkata jalan tersebut kini telah banyak mengalami kerosakan dan kerja-kerja membaik pulih di beberapa bahagian jalan telah menyebabkan jalan tersebut kini tidak rata dan banyak tepi-tepi jalan yang telah rosak.

`Kerosakan tepi jalan telah menjadikan jalan tersebut sempit dan kebanyakan masa kenderaan terpaksa memakan jalan untuk melaluinya dan ini adalah amat berbahaya’, katanya selepas membuat pemeriksaan sepanjang jalan tersebut baru-baru ini.

Beliau berkata jalan ini juga digunakan oleh kenderaan berat dan tahap keselamatan para pemandu akan berkurangan kerana kerosakan-kerosakan yang dihadapi dan ini perlulah diperbetulkan secepat yang mungkin.


29/12/2008



Caption: Chong showing the poorly maintained road.

Subscribe