12:07 AM

: Jabatan Air daerah perlu makluman orang ramai

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Jabatan Air daerah akan memperbaiki apa jua masalah memberikan air bersih kepada pengguna tetapi memerlukan bantuan dari masyarakat untuk memaklumkan kepada pihak tersebut sekiranya mereka menyaksikan kerosakan-kerosakan sebegini.

Jurutera jabatan tersebut, Bahrin Antonio dalam satu pertemuan dengan PKR Parti Bersatu Sabah (PBS) Fung Len Fui dan rombongan beliau berkata ini adalah penting kerana kerja-kerja membaik pulih akan dapat dijalankan secepat yang mungkin jika kerosakan ini dapat dikenal pasti dengan cepat.

Bahrin berkata mereka sentiasa mencari masalah-masalah yang ada untuk menangani penyediaan air bersih kepada pengguna kerana adanya paip air yang telah digunakan selama berpuluh tahun yang kini semakin mudah pecah.

Beliau berkata masalaha kini yang dihadapi oleh kawasan perumahan Daya Usaha, pasar Air Panas dan juga rumah warga emas Air Panas kini sedang diperbaiki dan berkata ianya akan dapat memberikan air kepada mereka yang terlibat secepat yang mungkin.

`Orang ramai oleh menghubungi kami jika mereka telah menyaksikan apa jua permasalahan air seperti paip pecah dan kami akan terus memperbaikinya’, katanya lagi.

Fung membuat perjumpaan tersebut dengan Bahrin mengenai bekalan air yang terputus di kawasan yang terbabit tadi.

Pada masa yang sama, Fung juga meminta agar pihak Jabatan Air agar tidak membuat kerja-kerja pemotongan air pada masa musim perayaan kerana ianya telah telah berlaku pada masa yang lalu dan menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna air.

15/01/2009

Caption: Fung (2 dari kanan) bersama Bahrin (2 dari kiri) bersama yang lain dalam perjumpaan tersebut.

0 comments:

Subscribe