12:18 AM

:Masyarakat Sri Tanjong masih menyokong BN: Yee

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Sokongan yang diterima oleh masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN) masih lagi membara dan tiada sebab kenapa komponen parti tersebut tidak mampu menawan balik kerusi Sri Tanjong dalam pilihanraya akan datang.

Timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dr. Yee Moh Chai berkata demikian mengenai kerusi tersebut yang dipegang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) jatuh ke tangan parti pembangkang.

Beliau menerangkan bahawa salah satu sebab kekalahan tersebut adalah `putaran’ nasional dan Sri Tanjong telah terkena oleh sebab itu tetapi menerangkan bahawa tiada sebab kenapa BN tidak boleh memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya akan datang memandangkan PBS bersama komponen parti BN di kawasan tersebut telah mencurahkan khidmat kepada masyarakat di sana.

`Kita perlu mengubah diri dan lebih memahami kenapa kita tidak mendapat sokongan yang diharapkan oleh para pengundi di Sri Tanjong’, katanya lagi.

Yee menerangkan PBS pernah menjadi parti pembangkang hampir sepuluh tahun pad masa yang lalu tetapi kini telah kembali kepada barisan kerajaan dan mereka kini tahu akan keperluan dan kehendak masyarakat dan mampu memberikan khidmat yang memuaskan kepada para pegundi melalui konteks perkhidmatan melalui barisan kerajaan.

`Para pemimpin kita yang baru di Sri Tanjong kini telah bekerja keras dengan golongan akar umbi dan kita tahu akan keperluan mereka tetapi perubahan memerlukan masa untuk memuaskan hati masyarakat dalam apa jua permintaan’, katanya mengenai kepimpinan baru yang diterajui oleh encik Fung Len Fui.

Yee menerangkan mereka telah membuat kaji selidik mengenai kekalahan tersebut dan hasil dari itu adalah objektif untuk memperbaiki diri mereka di semua kawasan termasuklah Sri Tanjong.

`Ini adalah perjuangan PBS selama ini, dasar kami adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat dan dasar ini adalah tanggungjawab kami dan kami sedia maklum akan perkara ini’, Yee menerangkan.

Beliau menekankan kepentingan masyarakat akan sentiasa di lindungi dan di kekalkan.

Beliau berada di daerah itu Jumaat lepas untuk membuat lawatan ke pasar Tanjong dan pasar Xin Ann dimana rombongan beliau diterima dengan meriah dan juga permasalahan para penjaja diluahkan kepada beliau.

Yee juga membuat lawatan ke rumah warga emas Air Panas dimana beliau bersama pemimpin lain memberikan duit Tahun Baru Cina dan oren kepada 36 penghuni rumah tersebut.


15/01/2009


caption: Yee.

0 comments:

Subscribe