12:25 AM

Kerajaan mampu tangani segala masalah jikalau dimaklum: Yong

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Segala permasalahan yang dihadapi oleh pasar Tanjong boleh diperbaiki secepat mungkin sekiranya laporan dibuat kepada Kementerian Kerajaan Tempatan oleh pihak kerajaan tempatan peringkat daerah.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Edward Yong Oi Fah berkata demikian selepas membuat lawatan kerja bersama Datuk Dr. Yee Moh Chai, Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat ke pasar tersebut baru-baru ini dimana beliau menyifatkan segala kerosakan adalah kecil dan boleh diperbaiki untuk kepuasan para penjaja dan pembeli.

`Kerosakan-kerosakan kecil seperti lampu yang rosak mampu diperbaiki tetapi ianya tidak diusahakan sehingga menyebabkan masyarakat Malaysia tidak berpuas hati’, katanya lagi.

Beliau tegaskan bahawa kos pemberbaiki kerosakan ini adalah kecil tetapi ianya tidak dibuat dan ini telah menjadi satu masalah rakyat.

Pada masa yang sama, Yong juga berkata masalah kebersihan pasar tersebut adalah tanggungjawab pihak pengurusan pasar tersebut tetapi pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) juga bertanggungjawab dalam hal ini.

Beliau menerangkan pihak kerajaan tempatan daerah adalah barisan pertahanan pertama pihak kerajaan dan masyarakat akan berpuas hati jikalau pihak (Kerajaan Tempatan) ini menjalankan amanah yang telah di turunkan kepada nya.

Yong juga berharap agar pihak pengurusan yang sedia ada dapat `berubah’ apabila presiden baru Majlis tersebut mengambil alih tugasnya dan dapat mengatasi segala masalah yang remeh dengan cepat.

Beliau juga mengesa agar para penjaja dan masyarakat dapat membuat aduan kepada Majlis tersebut ataupun kepada pejabat PKR Sri Tanjong Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa depan kerana segala permasalahan yang dilaporkan boleh diperbaiki dengan mudah oleh pihak kerajaan.

`Tidak seperti pihak pembangkang yang hanya tahu mengutarakan permasalahan yang wujud tetapi tidak mampu membuat kerja pembaikan melainkan jikalau mereka sanggup membayar kos tersebut’, tambahnya lagi.

Yong meminta agar para penjaja tidak menggunakan tempat letak kenderaan yang terhad di kawasan pasar tersebut kerana ini akan menyenangkan para pembeli dan sekaligus membawa peluang pendapatan yang lebih baik kepada para penjaja.

Beliau mengaku akan kekurangan yang ketara mengenai tempat letak kenderaan di kawasan pasar dan meminta agar masyarakat yang mempunyai idea yang bernas dapatlah menghubungi pihak Majlis daerah untuk berkongsi maklumat dan pendapat.

Beliau juga berkata pihak pejabat PKR Sri Tanjong PBS dibawah pimpinan encik Fung Len Fui akan kerap membuat lawatan ke pasar tersebut untuk tujuan membuat pemantauan dan memperbaiki apa jua kerosakan yang ringan.

Antara yang turut serta dalam rombongan Yee adalah Timbalan Speaker, Johnny Mositon, Datuk Jahid Jahin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam YB Johnny Goh Chin Lok dan beberapa ahli EXCO PBS.

Pasar tersebut telah menjadi isu untuk parti pembangkang beberapa kali dalam mencari kesalahan pihak kerajaan dalam pentadbirannya.

17/01/2009

Caption: Yong dan Yee semasa perjumpaan dengan wakil pihak pengurusan pasar tentang permasalahan yang diutarakan.

0 comments:

Subscribe