11:56 PM

: Beri kerjasama kepada polis untuk kesinambungan semua: Fung

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Masyarakat di daerah ini digesa agar memberikan kerjasama yang padu kepada pihak polis dalam menangani masalah kes-kes jenayah dan tidak hanya berpeluk tubuh dan mengamalkan sikap tak endah jika jenayah-jenayah tersebut tidak melibatkan mereka ataupun orang yang mereka sayangi.

`Jalan yang terbaik dalam membantu pihak berkuasa adalah menjadi mata dan telinga dan menyerahkan apa jua maklumat yang mereka ketahui mengenai apa jua jenis jenayah’, kata Fung Len Fui, PKR Sri Tanjong untuk Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas melawat pemangku ketua polis daerah Haji Ramli Ali Mat di hospital baru-baru ini.

Fung yang juga pengerusi PBS Sri Tanjong berkata kes serangan terhadap Ramli baru-baru ini telah menyebabkan masyarakat cemas dengan situasi jenayah di daerah ini.

`Adalah amat menyedihkan kerana masyarakat akan sentiasa menyalahkan pihak polis bila berlakunya jenayah tetapi kita sebagai masyarakat juga memainkan peranan dalam menangani jenayah’, katanya lagi.

Fung berkata pelbagai cara orang ramai dapat membantu pihak polis seperti menubuhkan Rukun Tetangga di kawasan perumahan mereka dan ini akan juga memastikan agar mereka sendiri akan dilindungi hasil dari usaha mereka sendiri.

Caption: Fung (kanan) di hospital bersama rombongan beliau termasuk timbalan beliau iaitu Chong Hon Vun (2 dari kanan).

0 comments:

Subscribe