9:49 PM

Jalan Timur perlukan perhatian membaik pulih

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Pihak berkuasa yang berkenaan digesa agar membuat kerja-kerja yang perlu ke atas jalan Timur yang sejauh lebih kurang 4 kilometer dengan baik kerana kerja membaik pulih jalan tersebut adalah tidak memuaskan.

Kapitan Cina Chong Hon Vun berkata kerja-kerja yang baik adalah amat perlu kerana ianya dapat mencerminkan kemampuan pihak yang terlibat dalam usaha menjalankan tugas untuk masyarakat.

Chong berkata jalan tersebut kini telah banyak mengalami kerosakan dan kerja-kerja membaik pulih di beberapa bahagian jalan telah menyebabkan jalan tersebut kini tidak rata dan banyak tepi-tepi jalan yang telah rosak.

`Kerosakan tepi jalan telah menjadikan jalan tersebut sempit dan kebanyakan masa kenderaan terpaksa memakan jalan untuk melaluinya dan ini adalah amat berbahaya’, katanya selepas membuat pemeriksaan sepanjang jalan tersebut baru-baru ini.

Beliau berkata jalan ini juga digunakan oleh kenderaan berat dan tahap keselamatan para pemandu akan berkurangan kerana kerosakan-kerosakan yang dihadapi dan ini perlulah diperbetulkan secepat yang mungkin.


29/12/2008



Caption: Chong showing the poorly maintained road.

0 comments:

Subscribe