9:40 PM

Masalah bil air yang tidak tepat diselesaikan

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Masyarakat daerah diminta agar tidak khuatir apabila mereka menerima notis amaran dari Jabatan Air kerana sistem pembayaran jabatan tersebut menghadapi masalah dari segi kenyataan pembayaran.

Fung Len Fui, pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Sri Tanjong berkata mereka telah menerima keluhan dari masyarakat di taman Tawau Lama dimana lebih 20 penduduk menerima notis amaran yang menunjukkan hampir semua pengguna air berhutang lebih seribu Ringgit untuk setiap rumah.

`Perjumpaan dengan Jurutera Air Bahagian daerah yang mengatakan bahawa sistem membuat bil mereka menghadapi masalah’, katanya selepas bersama timbalan beliau, Chong Hon Vun membuat perjumpaan dengan jurutera jabatan tersebut, Bahrin Antonio pagi kelmarin.

Beliau mengesa agar masyarakat tidak khuatir dan bekerjasama dengan jabatan tersebut untuk mendapatkan jumlah yang tepat seperti yang disarankan oleh Bahrin bahawa mereka yang menerima notis tersebut boleh ke pejabat jabatan air untuk menerima bil yang tepat.

`Notis yang mempunyai kesahihan jumlah bayaran dibuat di Kota Kinabalu dan kami telah membuat laporan akan masalah ini’, kata Bahrin dalam perjumpaan tersebut.

Lebih 20 masyarakat taman Tawau Lama membuat aduan kepada pihak Fung dimana mereka menerima notis pemotongan secara tiba-tiba dari jabatan air yang menunjukkan jumlah yang amat besar perlu dibayar oleh pengguna air.

`Saya tinggal bersama isteri saya dan tak mungkin kami menggunakan air berjumlah ratusan Ringgit se bulan’, kata seorang pengguna yang terkejut dengan notis yang meminta beliau membayar ribuan Ringgit.

Chong yang mewakili Fung dalam perjumpaan tersebut dengan masyarakat taman tersebut menerima notis bayaran diantaranya berjumlah lebih RM25,000.

19/12/2008


caption: Chong menerima keluhan dari masyarakat Tawau Lama atas bil air yang tidak menentu.

0 comments:

Subscribe