12:28 AM

Usaha bantu para penjaja pasar Tanjong giat dijalankan

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Dalam satu usaha kerjasama yang erat dikalangan parti komponen Barisan Nasional (BN), Pasar Tanjong yang kini adalah yang terbesar di daerah ini telah boleh menikmati suasana pasar yang amat terang kerana proses memasangan lampu flouresen sejumlah lebih kurang 500 unit.

Pengerusi unit PKR Sri Tanjong untuk Parti Bersatu Sabah (PBS) Fung Len Fui berkata masalah ini telah dimaklum kepada beliau oleh pengerusi Persatuan Penjaja Sri Tanjong Tawau, Lim Yau Siong.

Fung berkata beliau pada masa yang sama telah membuat pemeriksaan tentang lampu-lampu pasar yang banyak telah rosak dan membuat pertemuan dengan Penolong Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan pembiayaan lampu-lampu tersebut telah dibiayai oleh pihak kerajaan dan kini proses pemasangan sedang giat dijalankan.

Pada masa yang sama, Fung juga berkata kipas angin dipasar tersebut yang rosak juga akan diganti untuk kesinambungan para penjaja pasar tersebut.


08/12/2008


Caption: Fung (kanan) bersama Lim (2 dari kanan) dan ahli-ahli lain dalam perjumpaan di pasar tersebut dimana kini lampu-lampu floresen yang menyala dibelakang.

0 comments:

Subscribe