12:24 AM

Usaha mesyuarat percepatkan kerja meluaskan jalan Sin Onn

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Kerja membina jalan dua lorong di jalan Sin On akan dapat diteruskan selepas satu konstrovesi mengenai tapak jalan dan tanah kepunyaan orang perseorangan di batu 2 Sin Onn telah menyebabkan usaha tersebut tergendala dan usaha ini adalah untuk kepentingan masyarakat yang tinggal dikawasan tersebut.

Fung Len Fui, pengerusi unit PKR Sri Tanjong Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata pasukan beliau telah mengadakan satu mesyuarat diantara tuan tanah yang terlibat, pihak dari Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

`Hanya masalah ini yang telah menyebabkan kerja-kerja melebarkan jalan tersebut tergendala dan ini telah menyusahkan puluhan ribu penduduk kawasan yang tinggal di taman-taman perumahan berdekatan’, katanya selepas berjaya membuat pertemuan tersebut atas permintaan tuan tanah.

Fong berkata beliau ingin melihat kerja-kerja itu diteruskan kerana jalan tersebut telah menjadi nadi kepada penduduk disana dan ianya juga merupakan satu lagi jalan utama untuk perbandaran daerah untuk kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Pembinaan jalan tersebut tergendala apabila tanah kepunyaan tuan tanah tersebut didapati terlalu dekat dengan perancangan pembinaan tersebut dan ini telah menyebabkan beberapa masalah dari segi pembinaan tersebut.

Jalan Sin Onn bila siap sepenuhnya nanti dijangka akan mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut dan juga akan menjadi satu lagi jalan penting kepada daerah tersebut.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah timbalan beliau iaitu Chong Hon Vun.


05/12/2008



Caption: Fung (kanan) dengan tuan tanah, jurutera JKR dan kontraktor yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.

0 comments:

Subscribe