TAWAU, Pihak kerajaan tempatan digesa agar menyalakan lampu-lampu jalan yang berdekatan dengan dewan masyarakat apabila adanya acara untuk memastikan keselesaan para pengunjung ke dewan tersebut.

Ketua informasi Parti Bersatu Sabah (PBS) Sri Tanjong Tong Yun Fah berkata beliau telah menerima teguran atas kejadian dimana beberapa lampu jalan yang berdekatan dengan dewan tersebut tidak dihidupkan semasa acara berlangsung di dalam dewan masyarakat dan para pengunjung berasa tidak berpuas hati akan tindakan tersebut.

`Pihak berkuasa tempatan perlulah memenuhi tanggungjawab mereka apabila menyewakan dewan tersebut kepada masyarakat’, beliau berkata demikian selepas menerima keluhan dari masyarakat’, beliau berkata.

Tong juga berkata perkara ini berlaku pada malam November 22 bila satu acara berlangsung di dewan tersebut dan sebahagian besar lampu-lampu jalan tidak dipasang.


22/11/2008

Caption: Tong (2 dari kiri) bersama beberapa yang lain menunjukkan kawasan gelap yang sepatutnya mempunyai lampu jalan.

0 comments:

Subscribe