4:03 AM

Kempen derma darah berjaya

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU: Kempen menderma darah anjurang Parti Bersatu Sabah (PBS) daerah bahagian pemuda pada Ogos 28 telah menyaksikan seramai 86 individu telah tampil untuk menderma darah dan sebanyak 69 bungkus darah telah dikutip hasil dari kempen tersebut yang berakhir pada tengahari pada hari yang sama.

Pengerusi penganjur Kelvin Chia berkata sambutan ini adalah amat mengalakkan kerana kempen ini telah dianjurkan pada hari kerja dan ini telah menunjukkan keprihatinan masyarakat Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan tersebut.

`Kami sebagai penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kearah menjayakan kempen ini dalam usaha kami membantu masyarakat’, kata Chia selepas sahaja kempen tersebut berakhir di tabung darah hospital besar daerah.

Antara yang turut hadir dan memberi sokongan dalam kempen tersebut adalah Fong Len Fui, Pemimpin Kemajuan Rakyat dan ketua bahagian PBS N. 57 Sri Tanjung dan Chong Hon Kong @ Hon Vun, ketua Masyarakat Cina Sri Tanjung dan juga naib pengerusi PBS daerah.

29/08/2008

Caption: Para penganjur bersama Fong (depan tengah) dan Chong (4 dari kiri).

0 comments:

Subscribe