3:48 AM

Kempen menderma darah anjuran PBS akan dijalankan

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU: Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian daerah cawangan pemuda akan mengadakan satu lagi kempen menderma darah dalam usaha membantu pihak hospital daerah dalam menambah bekalan darah yang sedia ada.

Pengerusi penganjur Kelvin Chia berkata kempen derma darah ini akan bermula dari jam 9.00pagi ke tengahari pada di bahagian bank darah hospital besar daerah pada Ogos 28.

`Kempen ini adalah kempen ke empat yang dianjurkan dan kami mengesa agar masyarakat umum datang beramai-ramai dalam menyumbang kearah kebaikan daerah kita’, katanya dalam satu sidang akhbar.

Menderma darah adalah satu proses dimana badan manusia boleh tangani dengan banyak kebaikan kerana ia (badan) mampu membuat darah baru untuk memenuhi kehilangan darah hasil dari sumbangan darah mereka dan ini akan menyebabkan darah baru mengalir dalam badan penderma.

Chia juga pada masa yang sama mengalu-alukan sumbangan murni dari Carlberg Malaysia yang secara berterusan selama empat kali memberi sumbangan minuman kesihatan NutriMalt untuk para penderma. Beliau berkata minuman ini dapat membantu badan penderma untuk membuat darah baru dengan lebih cepat lagi.

Chia menerima lima kotak minuman berkhasiat tersebut dari pengurus pemasaran daerah, Fung Nyit On dan ianya disaksikan oleh Chong Hon Kong @ Hon Vun, ketua masyarakat Cina Sri Tanjung.

26/08/2008

Caption: Fung bersama Chia dan Chong (kanan) dalam penyerahan tersebut.

0 comments:

Subscribe