10:18 PM

PBS Sri Tanjong akan terus beri khidmat masyarakat

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU, Parti Bersatu Sabah (PBS) Sri Tanjong akan terus membuat kerja-kerja komuniti untuk masyarakat bukan sebagai satu gimik untuk menarik hati rakyat Sabah tetapi untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia di daerah ini.

Pengerusi parti Sri Tanjong, Fung Len Fui berkata parti ini akan terus menjadi relevan dan membuat kerja-kerja yang memberi manfaat kepada masyarakat seperti yang tertera dalam perjuangan parti.

Fung berkata demikian semasa membuat satu kerja gotong royong membersihkan taman sekolah untuk anak-anak pekak dan anak-anak khas yang dikendalikan oleh sebuah badan bukan kerajaan kerana beliau menyifatkan pentingnya kerja gotong royong ini untuk kepentingan masyarakat.

`Ini adalah antara perkhidmatan yang mencerminkan perjuangan parti kami dan usaha membersihkan taman ini akan dapat membuat anak-anak yang belajar di sini menjadi lebih produktif’, katanya dalam aktiviti tersebut disekolah yang mempunyai anggaran lebih kurang 40 murid.

Pada masa yang sama juga, beliau berkata pihaknya juga turut membuat kerja gotong royong di kampung Rawa-Rawa di batu 4, jalan Apas baru-baru ini yang juga satu usaha murni untuk kepentingan masyarakt di sana.

Fung juga turut menekankan mereka akan terus aktif dalam usaha-usaha mereka walaupun parti tersebut kehilangan kerusi ADUN Sri Tanjong dalam pilihanraya sebelum ini untuk memastikan agar parti ini akan terus dapat memenuhi visi mereka.

Caption: Fung bersama antara mereka yang hadir dalam acara gotong royong yang diadakan di kampung Rawa.

0 comments:

Subscribe