5:17 AM

Kursus komputer percuma kepada masyarakat

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU: Masyarakat Malaysia yang berminat dalam mempelajari penggunaan komputer boleh berbuat demikian secara percuma bila Parti Bersatu Sabah (PBS) sekali lagi menganjurkan kursus sedemikian pada November dan Disember 2008.

Dalam satu kenyataan, ketua JKKK Sri Tanjong PBS Fung Len Fui berkata program ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan IT akan mengadakan kursus ini dimana 14 program telah disediakan untuk pilihan mereka yang berminat untuk menyertainya.

`Saya mengesa agar masyarakat Malaysia mengambill peluang ini kerana kursus ini dibiayai oleh kementerian tersebut dibawah Dr. Yee Moh Chai dan mereka hanya perlu mendaftar untuk mengikuti kursus ini’, katanya.

Beliau berkata penggunaan komputer hari ini adalah dikira amat perlu kerana dunia sedang menuju kemajuan melalui penggunaan komputer dan internet dan rakyat Sabah patut mengambil inisiatif untuk belajar dan daerah ini telah memberi kursus kepada lebih kurang 5,000 peserta dari Tawau yang mana ianya telah dimulakan sejak 2006.

`Sememangnya kita perlu celik komputer dan ini adalah peluang untuk masyarakat’, tambahnya lagi.

Kursus-kursus ini telah dijalankan di setiap bandar utama negeri dan peringkat kampung.

Fung juga berkata kursus ini akan diadakan pada bulan November dan Disember tahun ini tetapi tarikh untuk kursus-kursus akan tertakluk kepada jumlah penyertaan.

Mereka yang berminat bolehlah mengunjungi pejabat JKKK tersebut di jalan Dunlop atau menghubungi Encik Yong di talian 089-76121 untuk menyertai atau membuat pertanyaan.

Rakyat Malaysia yang berminat perlulah berumur 18 tahun keatas dan setiap peserta boleh memilih empat program untuk diikuti dari 14 program yang ditawarkan. Peserta juga boleh memilih masa kursus yang telah disediakan iaitu pada sebelah pagi antara jam 8.00pagi ke 5.00petang untuk setiap kursus dimana makan tengahari dan jamuan teh akan disediakan untuk peserta. Satu lagi pilihan adalah pada waktu malam dimana peserta perlu mengikuti dua kursus dan menghadiri kelas selama dua malam dari jam 6.00petang ke 9.45malam.

Kursus tersebut akan dikendalikan di bilik komputer Sekolah Rendah Hing Hwa.

`Setiap peserta yang telah mengikuti kursus sepenuh masa akan mendapat satu buku panduan mengenai program yang mereka ceburi dan satu sijil penyertaan’, tambahnya lagi.

31/10/2008

Caption: Fung.

Subscribe