TAWAU: Pihak berkuasa tempatan perlulah memenuhi kewajipan mereka kepada masyarakat kerana mereka (Masyarakat) adalah pembayar cukai dan kemampuan untuk memperbaiki apa jua kerosakan akan memastikan masyarakat dapat bergantung kepada mereka untuk mengendalikan daerah ini.

Ketua Masyarakat Cina daerah, Tong Yun Fah berkata beliau telah banyak menerima keluhan dari masyarakat mengenai kegagalan pihak berkuasa untuk mengantikan lampu jalan yang telah rosak dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat layak menerima perkhidmatan yang lebih baik dari pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata masalah yang dihadapi kini adalah pihak gagal menukar lampu-lampu jalan lebih-lebih lagi di kawasan perumahan dan telah menjadikan banyak kawasan menjadi gelap dan kini ianya boleh dilihat hampir dikesemua kawasan perumahan.

`Sedihnya ialah perkara ini tidak sepatutnya sampai ke telinga para pemimpin kerana masalah ini sepatutnya boleh di pantau oleh pihak berkuasa tempatan kerana ianya berlaku hampir dimana-mana sahaja’, katanya dalam satu sidang akhbar.

Tong pada masa yang sama juga menegaskan bahawa lampu-lampu yang rosak bukan sahaja akan membahayakan pengguna jalanraya malah kepada keselamatan masyarakat umun dan pihak kerajaan tempatan tidak sepatutnya mengelakkan tanggungjawabnya dalam aspek keselamatan masyarakat.

24/10/2008

Caption: Tong.

0 comments:

Subscribe