5:01 AM

PBS tawar bantu pemandu yang terkena saman trafik

Posted by pbs-sri-tanjong |

TAWAU: Pemandu kenderaan mendapat kejutan apabila mereka menggunakan jalan Bebas dijalan Masjid menerima saman kini boleh menghubungi Parti Bersatu Sabah (PBS) Sri Tanjong untuk memastikan agar tiket mereka dibatalkan.

Dalam satu kenyataan akhbar, pengerusi bahagian PBS Sri Tanjung, Fung Len Fui berkata mereka telah menerima beberapa laporan mengenai tindakan pihak polis memberikan saman kepada pemandu kerana jalan tersebut telah dijadikan jalan sehala dan kini pemandu kenderaan tidak boleh memasuki jalan Masjid dari Jalan Bebas.

`Kami telah menghubuingi timbalan ketua polis daerah mengenai hal ini dan persetujuan telah dibuat dimana mereka yang menerima sama atas kesalahan ini dan mereka yang menerima saman ini boleh merujuk hal ini ke pejabat kami di tingkat 3, Wisma Man Tung Sing atau menelefon 089-761291 kerana kami akan membawa tiket-tiket ini untuk dibatalkan.

Beliau juga berkata pihak polis hanya akan mengenakan saman terhadap pesalah-pesalah trafik pada November 1 dan secara amnya telah dipersetujui bahawa penukaran secara tiba-tiba itu telah menyebabkan ramai pemandu yang menerima saman.

Fung telah mengetuai satu kumpulan termasuklah Chong Hon Kong@ Hon Vun telah membuat lawatan tersebut kepada Supt. Haji Ramli Ali Mat mengenai hal tersebut pada Oktober 15 dimasa telah dipersetujui bahawa tempoh ini adalah untuk kebaikan para pemandu untuk membiasakan diri dengan undang-undang baru tersebut.

Perkara ini juga dibantu oleh ketua bahagian Gerakan Tawau dan juga pengerusi Jawatankuasa Lalulintas Majlis Perbandaran Tawau (MPT) iaitu Liew Kiam Ming yang juga turut hadir dalam pertemuan dengan Ramli.

Fung juga mengesa agar para pemandu kenderaan agar sentiasa peka terhadap tanda-tanda jalanraya agar mereka tidak dikenakan saman pada masa depan.

16/10/2008


Caption: Rombongan tersebut semasa membuat lawatan ke ibupejabat polis daerah

0 comments:

Subscribe